Images
  • manchester united harry maguire
    Gambar fail kapten Man United (Gambar: Reuters)

Kapten Man United ditahan di sebuah pulau Greece setelah pergaduhan

ATHENS: Kapten kelab bola sepak England, Manchester United ditahan untuk siasatan di Mykonos, sebuah pulau di Greece, kerana menyerang para pegawai ekoran satu pergaduhan, lapor stesen TV negara Greece, ERT.

Harry Maguire ditahan setelah menyerang dua pegawai yang dipanggil untuk meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan pelancong. Dua lagi warga Britain juga ditahan.

"Pemain bola sepak itu melontarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai sebelum memukulnya," kata seorang pegawai polis.

"Ketiga-tiganya cuba mengalak ditahan apabila dibawa ke balai polis Mykonos." 

- Reuters/TQ/tq

Top