Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kapten Lyon Nabil Fekir akan sarung jersi Liverpool musim depan

Kapten Lyon Nabil Fekir akan berpindah ke Liverpool selepas kedua-dua pasukan mempersetujui perjanjian bernilai £53 juta (S$95 juta), menurut laporan media Britain semalam (7 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kapten Lyon Nabil Fekir akan sarung jersi Liverpool musim depan

Gambar: GERARD JULIEN/AFP

Diterbitkan : 08 Jun 2018 08:47AM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 08:50AM

LONDON: Kapten Lyon Nabil Fekir akan berpindah ke Liverpool selepas kedua-dua pasukan mempersetujui perjanjian bernilai £53 juta (S$95 juta), menurut laporan media Britain semalam (7 Jun).

Dengan itu, Liverpool berupaya menambah pilihan pemain tengah bagi musim akan datang dengan ketibaan Fabinho dari Monaco dan Naby Keita menyusuli satu perjanjian yang dicapai dengan RB Leipzig sebelum ini.

Fekir, yang boleh bermain di bahagian tengah atau sebagai penyerang, dijangka akan menggantikan Philippe Coutinho yang berpindah ke Barcelona Januari lalu.

Fekir, 24 tahun, akan mewakili Perancis di Piala Dunia 2018 pada lewat bulan ini.

Liverpool berharap dapat memuktamadkan perjanjian berkenaan sebelum Fekir berlepas ke Rusia selepas perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat esok (9 Jun).

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan