Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kapten Cardiff City mahu Liverpool menang; cetus kemarahan peminat

Liverpool kini mengongsi 23 mata bersama pendahulu liga, Manchester City, selepas sembilan perlawanan dalam Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapten Cardiff City mahu Liverpool menang; cetus kemarahan peminat

Kapten Cardiff City, Sean Morrison (kiri), dan pemain Newcastle United, Joselu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Oct 2018 09:10AM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 09:13AM

LIVERPOOL: Liverpool kini mengongsi 23 mata bersama pendahulu liga, Manchester City, selepas sembilan perlawanan dalam Liga Perdana England.

Liverpool dan Cardiff City bakal berentap di Anfield hari ini (27 Okt). Namun Kapten Cardiff City, Sean Morrison, berharap Liverpool akan merangkul Liga Perdana England musim ini.

Morrison sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Bluebird setelah beliau melahirkan sokongan terhadap Liverpool, yang kali terakhir muncul sebagai juara pada tahun 1990.

Cardiff mencatat kemenangan pertamanya musim ini dengan menumpaskan Fulham 4-2 pada minggu lalu, menurut Sky Sports.

Bagaimanapun, mereka berdepan cabaran getir untuk meneruskan momentum kerana perlu menentang pasukan yang belum kalah musim ini.

“Ia sukar dijangka tetapi saya gembira jika Liverpool memenanginya.

“Saya mahu melihat Liverpool menjulang kejuaraan kerana ia adalah perkara hebat buat kelab besar sepertinya untuk merangkul Liga Perdana.

“Liverpool adalah sebuah kelab terkenal yang penuh dengan sejarah, namun mereka perlu bekerja keras untuk mengalahkan Manchester City.

“Harap perebutan gelaran akan berlangsung sengit. Ia pasti menyeronokkan buat peminat bola sepak,” katanya kepada Sky Sports.

Kenyataan Morrison bagaimanapun mengundang kritikan di media sosial dengan seorang pengguna, Goalkepa, menulis di Twitter: “Timbul keraguan kerana Cardiff perlu bertemu Liverpool dua kali musim ini”.

“Daripada segi persaingan, pemikiran seperti ini sangat teruk, namun apabila anda bercakap secara terbuka, ia tidak boleh diterima,” tulis Kypros13, seperti yang dipetik oleh Sky Sports.

Sementara itu, jurulatih Cardiff, Neil Warnock, mengakui bahawa pasukannya berdepan misi ‘hampir mustahil’ untuk menewaskan Liverpool di Anfield.

“Kami perlu memberi 100 peratus untuk mencabar Li¬verool tetapi saya fikir tiga pe-nyerang mereka (Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane) antara yang terbaik di dunia,” katanya.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan