Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kanoute ajak buka puasa di Stadium Wembley

Buat julung-julung kalinya, Stadium Wembley di London akan menjadi lokasi majlis berbuka puasa bersama masyarakat bukan Islam pada Rabu (29 Mei), menurut laporan Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanoute ajak buka puasa di Stadium Wembley

Pemain bola sepak Frederic Kanoute. (Gambar: AFP/Cristina Quicler)

Diterbitkan : 29 May 2019 11:09AM Dikemas Kini : 29 May 2019 11:15AM

LONDON: Buat julung-julung kalinya, Stadium Wembley di London akan menjadi lokasi majlis berbuka puasa bersama masyarakat bukan Islam pada Rabu (29 Mei), menurut laporan Malaysiakini.

Mengumumkan rancangan itu, pemain bola sepak terkenal dan bekas Pemain Terbaik Afrika, Frederic Kanoute, berkata orang ramai boleh datang menyertainya secara bersendirian atau dengan keluarga.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, pada 29 Mei, program iftar terbuka akan diadakan di Stadium Wembley."

"Datanglah bersama keluarga, rakan-rakan, mahupun bersendirian untuk menyertai acara tersebut,” katanya melalui pesanan video yang dimuat naik ke media sosial.

Malaysiakini melaporkan, majlis berbuka puasa itu adalah sebahagian daripada program Ramadan Tent Project yang dibuat untuk menyebarkan pemahaman tentang puasa, Islam dan Ramadan buat penduduk bukan Islam.

Program tersebut memasuki tahun keenam sejak ia dianjurkan pada tahun 2013.

Setiap tahun, masyarakat pelbagai kaum dan agama dijemput untuk berbuka bersama-sama di lokasi terpilih.

Sebelum ini Dataran Tavistock di Bloomsbury pernah dijadikan lokasi majlis sama.

Menggunakan tanda pagar #MakingHistory, program tersebut biasanya memilih mercu tanda terkenal di London sebagai lokasi program, lapor Malaysiakini.

Selain iftar terbuka, pengunjung juga akan dihidangkan dengan ceramah yang disampaikan oleh tokoh jemputan.

Dalam kalangan peminat bola sepak, Stadium Wembley adalah tempat yang penuh bermakna kerana ia pernah menjadi lokasi bagi banyak acara bersejarah.

Selain menjadi gelanggang pasukan bola sepak kebangsaan England, stadium tersebut juga pernah menjadi lokasi penganjuran Sukan Olimpik 1948 serta menyaksikan England menjulang Piala Dunia pada 1966.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan