Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kanak-kanak 10 tahun pecah rekod 23 tahun Michael Phelps

Seorang perenang muda, 10 tahun, dari California berjaya memecahkan rekod paling lama dipegang jaguh renang dunia, Michael Phelps, dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu menurut laporan Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak 10 tahun pecah rekod 23 tahun Michael Phelps

Clark Kent Apuanda pecah rekod dalam kejohanan antarabangsa Far Western Long Course di California. (Petikan gambar video YouTube)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 05:05PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 05:12PM

CALIFORNIA: Seorang perenang muda, 10 tahun, dari California berjaya memecahkan rekod paling lama dipegang jaguh renang dunia, Michael Phelps, dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu menurut laporan Astro Awani.

Clark Kent Apuanda berjaya memecahkan rekod tersebut dalam kejohanan antarabangsa Far Western Long Course di California, kelmarin (29 Jul).

Astro Awani melaporkan bahawa budak yang juga dikenali sebagai 'Superman' itu mula belajar berenang pada usia tiga tahun dan menyertai pertandingan selama empat tahun.

"Ia adalah acara 100 meter kuak kupu-kupu di mana Michael Phelps mencatatkan 1:10:48 dan saya memenangi acara berkenaan dengan masa 1:09:38," kata beliau ketika ditemui pihak media.

Menurut jurulatihnya, Travis Rianda, Kent, rakyat Amerika berketurunan Filipina, merupakan seorang yang luar biasa.

"Beliau seorang pemuzik, saintis dan sentiasa tidak berputus asa untuk mencapai impiannya mengalahkan rekod Phelps sejak usia tujuh tahun," kata Travis.

Menurut Astro Awani, Kent bercita-cita mewakili negaranya dalam kejohanan sukan Olimpik, satu hari nanti.

Sumber : Agensi berita/HS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan