Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

"Kami sayang kamu Emi": Penghormatan emosi Nantes bagi Emiliano Sala

Nantes memberikan penghormatan penuh emosi terhadap Emiliano Sala di Stade de la Beaujoire, awal Rabu (waktu tempatan) sebelum perlawanan pertama sejak bekas penyerangnya itu tidak ditemui dalam apabila pesawat yang dinaiki hilang di Channel, minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kami sayang kamu Emi": Penghormatan emosi Nantes bagi Emiliano Sala

Nantes memberikan penghormatan penuh emosi terhadap Emiliano Sala. (Gambar: Sebastien Salom Gomis/ AFP)

Diterbitkan : 31 Jan 2019 04:08PM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 04:14PM

NANTES: Nantes memberikan penghormatan penuh emosi terhadap Emiliano Sala di Stade de la Beaujoire, awal Rabu (waktu tempatan) sebelum perlawanan pertama sejak bekas penyerangnya itu tidak ditemui dalam apabila pesawat yang dinaiki hilang di Channel, minggu lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu dalam perjalanan menuju ke kelab barunya, Cardiff City apabila pesawat yang membawanya bersama juruterbang, David Ibbotson gagal dikesan.

Penyiasat British pada Rabu berkata, dua kusyen tempat duduk yang dihanyutkan ke pesisir pantai Perancis "berkemungkinan" dari pesawat berkenaan.

Nantes meletakkan gambar Sala di tengah bulatan padang sebelum mula sepak aksi Ligue 1 menentang Saint-Etienne.

Bekas rakan sepasukannya pula memakai kemeja-T yang bertulis “kami sayang kamu Emi.”

Para peminat turut memaparkan kain rentang sebagai sokongan terhadap Sala dan mengibarkan bendera Argentina di tempat duduk penyokong. Segelintir peminat mengesat air mata selepas seminit bertafakur diikuti dengan tepukan serta jeritan namanya.

Semua pemain Nantes turut turun padang bermain dengan jersi memaparkan nama Sala.

Bekas penyerang Nantes dan teman rapat Sala, Yacine Bammou yang kini berhijrah ke Caen menangis di tempat duduk penonton manakala pengurus, Vahid Halilhodzic juga gagal mengawal emosinya.

Sala menjaringkan 42 gol dalam 120 penampilannya untuk Nantes sebelum dipancing Cardiff dengan nilai AS$19.3 juta (S$25.9 juta).

Dia melawat bekas rakan sepasukan di Nantes pada 21 Januari lalu untuk mengucapkan selamat tinggal sebelum menuju ke Cardiff menerusi penerbangan menggunakan pesawat Piper PA-46 Malibu.

Misi pencarian secara rasmi ditamatkan pada Khamis lalu tetapi Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain menyatakan ia akan memulakan pencarian di dasar laut pada minggu ini bersama dengan penyiasat persendirian.

Ratusan peminat Nantes memasang lilin di ibu kota Perancis, minggu lalu selepas pencarian pertama gagal menemui pemain berkenaan.

“Saya tidak meletakkan begitu banyak harapan,” kata seorang penyokong Nantes, Andree Guittet, 69 tahun.

Sumber : AFP/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan