Images
  • obor
    (Gambar: AP)

Kakitangan larian obor Olimpik Tokyo dijangkiti COVID-19

TOKYO: Seorang pegawai polis yang tugasnya mengarahkan trafik semasa larian obor Olimpik Jepun menjadi peserta pertama acara itu diuji positif COVID-19, menurut para penganjur pada Khamis (22 Apr).

Seorang lelaki dalam linkungan 30-an tahun diuji positif virus itu setelah memberi bantuan dalam acara larian itu di wilayah Kagawa di pulau selatan Shikoku, menurut Tokyo 2020 dalam satu kenyataan.

Pegawai itu sedang membantu mengarahkan laluan trafik di bandar Naoshima pada Sabtu dan mengalami demam pada Ahad, lapor akhbar Asahr, menukil para penganjur dan polis wilayah. Lelaki tersebut memakai pelitup dan tidak berhubungandengan pelari, tambah laporan itu.

Dalam pada itu, dua pelari, seorang personaliti TV dan seorang lagi bekas juara Olimpik, menarik diri daripada acara larian yang bakal diadakan di wilayah barat Tottori pada bulan depan, menurut penyiar berita NHK.

Sokongan awam bagi Sukan itu semakin merosot di tengah-tengah kebimbangan acara itu akan memburukkan penularan COVID-19. Jepun kini berdepan dengan gelombang jangkitan keempat dengan kerajaan dijangka mengisytihardarurat, di Tokyo dan Osaka pada minggu ini.

Temasya Sukan itu, sudah ditangguh selama setahun, dan bakal bermula dalam 92 hari lagi. Para pegawai Olimpik dan kerajaan menyatakan mereka tidak akan lagi menangguhkan temasya tersebut.

- REUTERS/NA/na

Top