Images
  • salah
    (Gambar: mosalah/Instagram)

Kadar Islamofobia Liverpool merosot sejak kehadiran Mohamed Salah

LIVERPOOL: Pemain handalan Liverpool, Mohamed Salah, membawa kesan besar dalam mengurangkan tahap Islamofobia di Liverpool.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Makmal Dasar Imigresen Universiti Stanford bertajuk 'Mampukah pendedahan kepada selebriti mengurangkan prejudis? Kesan Mohamed Salah mengenai kelakuan dan sikap Islamofobia' mendapati jenayah kebencian di kawasan Merseyside menurun sejak Salah menyertai Liverpool pada musim panas tahun 2017.

Malah, lapor agensi berita The Independent, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, jenayah kebencian diramal berkurangan sehingga 18.9 peratus.

"Ciapan di Twitter yang membawa mesej anti-Islam dalam kalangan peminat Liverpool turut merosot pada kadar 53 peratus.

"Secara keseluruhannya, keputusan ini menyokong hipotesis bahawa ketibaan Salah di Liverpool FC telah menyebabkan pengurangan dalam perbuatan taksub atau ekstrim yang melampau," jelas kajian berkenaan.

Tidak kurang daripada itu, menurut The Independent lagi, kaji selidik yang dibuat turut menunjukkan keputusan tersebut didorong oleh peningkatan kefahaman dan hubungan akrab dengan Islam.

Penyelidik menganalisis lebih 15 juta ciapan Twiitter daripada peminat bola sepak di United Kingdom dan 8,600 peminat Liverpool sebelum dan selepas kemasukan Salah ke Liverpool FC. 

- Agensi berita/FZ/fz

Top