Images
  • soccer (2)

Juventus kekalkan kedudukan teratas Serie 'A'

ITALI: Juventus mengekalkan kedudukan teratas liga Serie 'A' selepas mengalahkan Fiorentina 3-0.

Pemain pertahanan Giorgio Chiellini menjaringkan gol pertama pada minit ke-69.

Gol kedua pula dijaringkan Mario Mandzukic melalui tendangan penalti.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol terakhir pada minit ke-79.

Ronaldo kini sudah menjaringkan 10 gol dalam 11 perlawanan liga.

Kemenangan itu adalah yang ke-13 buat Juventus daripada 14 perlawanan liga.

- Agensi berita/NA/na

Top