Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juventus berpeluang juara Serie A Itali; seri 2-2 dengan Atalanta

Juventus mencerahkan harapan menjuarai musim kali ini, meskipun hanya mampu seri dengan Atalanta.

Anggaran Waktu Membaca:
Juventus berpeluang juara Serie A Itali; seri 2-2 dengan Atalanta

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 05:54PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 06:02PM

MILAN: Juventus mencerahkan harapan menjuarai musim kali ini, meskipun hanya mampu seri dengan Atalanta.

Bagaimanapun Atalanta yang bertandang ke padang Juventus, yang mendahului jaringan seawal minit ke 16.

Duvan Zapata menghasilkan gol pembukaan pasukan pelawat.

10 minit selepas masa rehat, Juventus dianugerahkan tendangan penalti akibat terkena tangan pemain Atalanta.
Cristiano Ronaldo tidak mensia-siakan peluang itu untuk menyamakan kedudukan kepada 1-1.

Namun Atalanta berada di hadapan semula 1-2 apabila Ruslan Malinovski merembat bola melepasi penjaga gawang Juventus.

Juventus sekali lagi bertuah kerana bola yang melantun ke tangan Luis Muriel, menyebabkan pengadil memberikan penalti kedua untuk pasukan tuan rumah.

Ronaldo sekali lagi menyempurnakan tendangan penalti kedua Juventus untuk memastikan keputusan seri 2-2.

Juventus kini lapan mata di hadapan pencabar terdekatnya.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan