Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juventus bakal namakan Maurizio Sarri sebagai jurulatih baru

Juventus bersedia melantik Maurizio Sarri sebagai jurulatih baru kelab itu pada Jumaat (14 Jun) selepas bersetuju dengan perjanjian pampasan bersama Chelsea. Demikian dilaporkan media Itali pada lewat Khamis (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Juventus bakal namakan Maurizio Sarri sebagai jurulatih baru

Juventus bakal namakan Maurizio Sarri sebagai pengurus baru. (Gambar: Oliver GREENWOOD/AFP)

Diterbitkan : 14 Jun 2019 12:05PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 12:07PM

ROME: Juventus bersedia melantik Maurizio Sarri sebagai jurulatih baru kelab itu pada Jumaat (14 Jun) selepas bersetuju dengan perjanjian pampasan bersama Chelsea. Demikian dilaporkan media Itali pada lewat Khamis (13 Jun).

Sky Sport Italia mendakwa perjanjian berkenaan bernilai 3.5 juta euro (S$5.3 juta) dengan dana itu digunakan kelab Liga Perdana tersebut untuk membawa masuk bekas pemain, Frank Lampard ke Stamford Bridge dari kelab Derby County.

Menurut laporan tersebut, Sarri dijangka menandatangani perjanjian selama tiga tahun bersama juara Itali itu.

Sarri tampak tidak selesa dengan layanan peminat di Stamford Bridge dan sekalipun memenangi Liga Europa serta menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ketiga, terdapat anggapan bahawa jurulatih itu tidak bersedia untuk menyesuaikan taktik apabila permainan tidak seperti yang diharapkan.

Beliau kerap dikaitkan dengan Juventus selepas peletakan jawatan Massimiliano Allegri.

Sebelum ini, Sarri menggantikan Antonio Conte sebagai pengurus Chelsea musim panas lalu selepas tiga tahun di Napoli.

Sarri, 60 tahun menikmati permulaan cukup baik di Stamford Bridge apabila Chelsea mengharungi 18 perlawanan tanpa kalah. Namun, Sarri dikritik hebat sebahagian besar penyokong kelab itu dan berdepan kekalahan teruk 4-0 kepada Bournemouth dan 6-0 pula di tangan Manchester City.

Sarri menjulang trofi utama dalam kerjayanya apabila Chelsea mengalahkan Arsenal 4-1 di perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan