Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih EPL seru tindakan tegas terhadap kejadian perkauman

Dua jurulatih kelab Liga Perdana England melahirkan kesediaan untuk menggantung perlawanan jika ada pemain mereka mengalami layanan perkauman.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih EPL seru tindakan tegas terhadap kejadian perkauman

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Mar 2019 07:29PM Dikemas Kini : 30 Mar 2019 07:35PM

MANCHESTER: Dua jurulatih kelab Liga Perdana England melahirkan kesediaan untuk menggantung perlawanan jika ada pemain mereka mengalami layanan perkauman.

Persatuan Bola Sepak Eropah UEFA sudah memulakan siasatan selepas tiga pemain England, Danny Rose, Raheem Sterling dan Callum Hudson-Odoi mengalami nasib seperti itu, Semasa England berdepan dengan Motenegro, Isnin lalu (25 Mac).

Namun jurulatih Liverpool Juergen Klopp berkata keputusan itu harus dibuat para pengadil.

Jurulatih Manchester City, Pep Guardiola juga akur dengan tindakan menamatkan perlawanan.

Beliau juga berpendapat badan-badan bola sepak harus menjadi contoh menentang tindakan perkauman dan memperjuangkan prinsip-prinsip kemanusiaan.

Beliau turut percaya masalah tersebut semakin berleluasa.

Lembaga UEFA bertemu Khamis lalu untuk membincangkan kejadian di Montenegro itu dan FIFA akan memastikan kejadian serupa akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri pula berkata perlu ada garis panduan untuk menentang tindakan perkauman dalam arena bola sepak.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan