Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih England Jones jalani kuarantin setelah Proudfoot positif COVID-19

Ketua jurulatih England, Eddie Jones sedang mengasingkan diri setelah penolong Matt Proudfoot diuji positif COVID-19, menurut England Rugby dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih England Jones jalani kuarantin setelah Proudfoot positif COVID-19

Gambar fail. (Gambar: Reuters/Andrew Boyers)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 09:21PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 09:25PM

LONDON: Ketua jurulatih England, Eddie Jones sedang mengasingkan diri setelah penolong Matt Proudfoot diuji positif COVID-19, menurut England Rugby dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jones dan pembantu Simon Amor sudah dikenal pasti sebagai kontak dan mesti menjalani kuarantin selama 10 hari di bawah garis panduan kerajaan.

England menyatakan bahawa jurulatih Proudfoot diuji positif menjelang perlawanan Six Nations bulan depan dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

England bakal mengumumkan pasukan Six Nations mereka pada Jumaat dengan para pemain akan berkumpul di St George's Park, iaitu tempat laitihan kumpulan bola sepak England.

"Menyusuli ujian negatif selanjutnya, Jones dan Amor akan menyertai semula kumpulan itu pada 28 Januari, menurut kenyataan England.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan