Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurulatih Augsburg langgar kuarantin kerana ubat gigi

Jurulatih Augsburg Heiko Herrlich tidak akan bersama pasukannya apabila Bundesliga menyambung semula perlawanan hujung minggu ini selepas beliau melanggar arahan kuarantin dengan keluar membeli ubat gigi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurulatih Augsburg langgar kuarantin kerana ubat gigi

Jurulatih Augsburg Heiko Herrlich. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 May 2020 12:54PM Dikemas Kini : 15 May 2020 12:59PM

BERLIN: Jurulatih Augsburg Heiko Herrlich tidak akan bersama pasukannya apabila Bundesliga menyambung semula perlawanan hujung minggu ini selepas beliau melanggar arahan kuarantin dengan keluar membeli ubat gigi.

Herrlich, 48, sepatutnya membuat penampilan sulung sebagai jurulatih pasukan itu dalam perlawanan menentang Wolfsburg selepas penantian dua bulan apabila kegiatan sukan itu ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

"Saya melakukan kesilapan dengan meninggalkan hotel. Dalam situasi ini saya tidak menjadi contoh yang baik untuk pasukan dan masyarakat," kata Herrlich yang pergi ke sebuah pasaraya bagi membeli ubat gigi dan krim kulit.

Herrlich, yang pernah menjalani rawatan untuk ketumbuhan otak pada tahun 2000 mengaku bahawa beliau berisiko dijangkiti.

"Saya melakukan kesilapan kerana meninggalkan hotel. Walaupun saya mengikuti langkah-langkah keselamatan dan kesihatan, saya tidak boleh memperbetulkannya

"Disebabkan kesalahan ini, saya tidak akan membimbing sesi latihan esok (Jumaat) dan tidak akan memimpin pasukan dalam perlawanan dengan Wolfsburg pada Sabtu," katanya.

Bekas pemain Jerman itu mengambil alih tugas Martin Schmidt awal tahun ini, setelah mengikat kontrak sehingga tahun 2022.

Augsburg hanya berada lima mata daripada penyingkiran.

Bekas penyerang Dortmund itu sebelum ini ialah jurulatih Bayer Leverkusen dari 2017-2018.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan