Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jurgen Klopp beri kejutan istimewa kepada penyokong setia Liverpool berusia 104 tahun

Seorang peminat setia Liverpool menerima hadiah cukup istimewa daripada pengurus kelab berkenaan, Jurgen Klopp, menjelang sambutan hari lahirnya yang ke-104 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Jurgen Klopp beri kejutan istimewa kepada penyokong setia Liverpool berusia 104 tahun

Bernard Sheridan, yang mula menyokong Liverpool ketika berusia 8 tahun, menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun ke-104. (Gambar: Liverpool FC The Super Reds/Facebook)

Diterbitkan : 20 Jan 2019 09:53PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 09:58PM

LIVERPOOL: Seorang peminat setia Liverpool menerima hadiah cukup istimewa daripada pengurus kelab berkenaan, Jurgen Klopp, menjelang sambutan hari lahirnya yang ke-104 tahun.

Bernard Sheridan menjadi penyokong setia Reds sejak 1923 dan akan menyambut hari lahirnya pada 25 Januari.

Akhbar Mirror UK melaporkan bahawa pada awal minggu ini, Sheridan menerima lawatan mengejutkan daripada seorang wakil Liverpool di kediamannya di sebuah rumah warga tua, The Tithebarn, di Great Crosby.

Sheridan yang berusia 103 tahun menerima beberapa hadiah termasuk surat khas ditulis oleh Klopp sendiri, kek hari lahir dan kemeja-T khas serta tiket bagi menyaksikan perlawanan Reds menentang Crystal Palace.

Surat yang ditulis Klopp itu berbunyi: “Kepada Bernard, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke-104.

“Saya berharap anda gembira menyambutnya bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Terima kasih kerana terus menyokong Liverpool.

“Anda tidak akan berjalan sendirian."

Berkongsi hadiah yang diterimanya itu, Sheridan berkata: “Saya amat bangga menjadi penyokong Liverpool sejak usia kecil lagi dan saya amat teruja untuk menyaksikan perlawanan ini."

Sheridan mula menyaksikan perlawanan Liverpool sejak berusia lapan tahun bersama bapa saudaranya, lapor Mirror UK.

Sheridan ditemani anak-anak lelakinya untuk menyaksikan perlawanan berkenaan, dengan salah seorang daripada mereka membuat perjalanan dari Kanada untuk ke Anfield.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan