Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juara F1 Lewis Hamilton kekal bersama Mercedes

Juara dunia Formula One (F1), Lewis Hamilton menyambung kontrak bersama Mercedes sehingga 2023, lapor pasukan itu pada Sabtu (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Juara F1 Lewis Hamilton kekal bersama Mercedes

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 09:28PM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 09:30PM

LONDON: Juara dunia Formula One (F1), Lewis Hamilton menyambung kontrak bersama Mercedes sehingga 2023, lapor pasukan itu pada Sabtu (3 Jul).

Hamilton, 36 tahun, memenangi enam daripada tujuh gelaran F1 bersama pasukan itu sejak menyertai mereka pada 2013.

Mercedes pula memenangi kejuaraan pengeluar setiap musim perlumbaan sejak 2014.

Hamil dilaporkan meraih £40 juta (S$74 juta) setahun di bawah perjanjian baru itu.

"Sukar untuk mempercayai yang sudah hampir sembilan tahun saya bekerja dengan pasukan yang hebat ini. Saya teruja untuk meneruskan kerjasama bagi tempoh dua tahun lagi," kata Hamilton dalam satu kenyataan.

"Kami mencapai pelbagai kejayaan bersama namun masih banyak lagi yang boleh dicapai di dalam mahupun di luar litar."

"Saya berbangga dan bersyukur kerana Mercedes sentiasa menyokong impian saya untuk menambah baik kepelbagaian dan kesamarataan dalam sukan ini.

"Mereka bertanggungjawab dan mengambil langkah yang penting untuk mewujudkan pasukan yang lebih meluas dan persekitaran yang inklusif."

Setakat ini, Hamilton memenangi tiga daripada lapan perlumbaan musim ini, namun masih ketinggalan 18 mata dengan pendahulu, Max Verstappen.

"Pencapaian Lewis dalam sukan ini membuktikan segalanya dan dengan pengalaman, kepantasan dan kemahirannya, dia sedang berada di kemuncak," kata Ketua Eksekutif Mercedes, Toto Wolff.

"Saya sentiasa katakan yang selagi Lewis masih bersemangat untuk berlumba, dia boleh teruskan selagi dia mahu," tambahnya.  

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan