Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova tewaskan pemain Taiwan

Juara dua kali Wimbledon Petra Kvitova layak ke perlawanan akhir Kejohanan Tenis Dubai selepas bangkit untuk menewaskan pemain Taiwan Hsieh Su Wei.

Anggaran Waktu Membaca:
Juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova tewaskan pemain Taiwan
Diterbitkan : 23 Feb 2019 07:27PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 07:36PM

DUBAI: Juara dua kali Wimbledon Petra Kvitova layak ke perlawanan akhir Kejohanan Tenis Dubai selepas bangkit untuk menewaskan pemain Taiwan Hsieh Su Wei.

Hsieh sebelum ini berjaya menyingkirkan juara Wimbledon Angelique Kerber dan pemain pilihan keempat Karolina Pliskova untuk sampai ke peringkat separuh akhir.

Dalam pertemuan dengan pemain nombor empat dunia Pvitova dari Czechoslovakia ini, Hsieh menang set pertama 6-3.

Bagaimanapun, Kvitova berjaya bangkit semula dalam set-set seterusnya untuk mengatasi pemain Taiwan itu dengan keputusan, 3-6, 6-2, 6-4. 

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan