Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juara dua kali ACL Yuki Abe umum bersara di penghujung musim perlawanan

Bekas pemain bola sepak antarabangsa Jepun dan juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebanyak dua kali, Yuki Abe mengumumkan dia akan bersara pada penghujung musim Liga J1 yang sedang berlangsung, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:

REUTERS: Bekas pemain bola sepak antarabangsa Jepun dan juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebanyak dua kali, Yuki Abe mengumumkan dia akan bersara pada penghujung musim Liga J1 yang sedang berlangsung, lapor Reuters.

Abe yang menginjak usia 40 tahun pada September, membuat pengumuman itu dalam satu majlis pada Ahad (14 Nov) yang diadakan oleh kelabnya, Urawa Red Diamonds.

"Sekitar tahun baru, saya fikir musim ini akan menjadi musim terakhir saya, cabaran utama saya," kata Abe, seperti dinukil oleh Kyodo.

Pemain tengah itu kini beraksi untuk kali kedua bersama kelab Urawa setelah berpindah dari kelab JEF United Ichihara pada 2007 dan membantu Urawa Red Diamonds menjuarai Liga Juara-Juara Asia dalam kemunculan sulungnya.

Pada 2010, Abe berpindah ke England untuk menyertai kelab Leicester City setelah mewakili Jepun dalam Piala Dunia di Afrika Selatan, namun kembali ke Jepun 18 bulan kemudian untuk memasuki semula kelab Urawa. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan