Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juara bertahan Liverpool tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah

Liverpool tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas juara bertahan itu tewas 3-2 di tangan Atletico Madrid dalam masa tambahan pada Selasa (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Juara bertahan Liverpool tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah

(Gambar: AP Photo/Jon Super)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 07:26AM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 07:28AM

LIVERPOOL: Liverpool tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah musim ini selepas juara bertahan itu tewas 3-2 di tangan Atletico Madrid dalam masa tambahan pada Selasa (11 Mac).

Ia memberikan Atletico kemenangan agregat 4-2 ke atas pasukan tuan rumah itu.

Dengan kemenangan tersebut, Atletico berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Liverpool yang bermain di padang sendiri membuka tirai jaringan pada minit ke-43 melalui tandukan Georginio Wijnaldum.

Liverpool kemudian melebarkan jurang melalui jaringan Roberto Firmino pada minit ke-94.

Atletico bagaimanapun berhasil menjaringkan tiga gol dalam masa tambahan.

Dua gol jaringan Marcos Llorente dan satu gol yang disumbangkan oleh bekas penyerang Chelsea, Alvaro Morata memastikan Atletico dapat terus mara ke peringkat suku akhir pertandingan berprestij itu.

Sumber : AFP/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan