Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jualan jersi Cristiano Ronaldo hampir 2 kali ganda lebih laris berbanding Messi

Penjualan jersi Cristiano Ronaldo hampir melebihi dua kali ganda jumlah penjualan jersi seorang lagi pemain hebat iaitu Lionel Messi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan jersi Cristiano Ronaldo hampir 2 kali ganda lebih laris berbanding Messi

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 09:30AM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 09:32AM

BRITAIN: Penjualan jersi Cristiano Ronaldo hampir melebihi dua kali ganda jumlah penjualan jersi seorang lagi pemain hebat iaitu Lionel Messi.

Kedua-dua pemain tersebut yang memutuskan untuk berpindah ke kelab baru musim ini mendapat liputan meluas pada musim panas ini.

Messi meninggalkan gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain manakala Ronaldo 'kembali ke pangkuan' Manchester United setelah meninggalkan Juventus dengan bayaran £12 juta (S$22.2 juta).

Dengan penghijrahan kedua-dua pemenang Ballon d'Or itu, penjualan jersi mereka turut laris.

Jersi Cristiano Ronaldo adalah yang paling laris dalam sejarah Liga Perdana England (EPL).

Beliau dijangka akan turun padang bersama Manchester United dalam perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu (11 Sep).

Di peringkat global, penjualan jersi Ronaldo sudah mencecah £187.1 juta (S$346.9 juta), jauh mendahului penjualan jersi Messi iaitu £103.8 juta (S$192.6 juta).

Pengasas bersama pasaran online LovetheSales.com, Stuart McClure berkata: "Kami sedang memantau penjualan jersi 'Ronaldo 7' di kedai-kedai online dan permintaan sekarang jauh melebihi bekalan yang tersedia.

"Carian online bagi jersi 'Ronaldo 7' meningkat sebanyak 600 peratus berbanding musim panas yang lalu.

"Ia membuktikan musim panas ini sangat baik bagi Manchester United."

Tidak lama selepas Ronaldo menyertai semula United, penyerang Uruguay, Edinson Cavani bersetuju untuk memberikan jersi nombor 7 kepada kapten pasukan Portugal itu.

Dalam masa empat jam selepas pengumuman itu dibuat, kedai online United meraih penjualan yang mencecah paras rekod bagi sesebuah laman web sukan di luar Amerika Utara.

Kedai online kelab itu dikendalikan oleh Fanatics, yang bekerjasama dengan lebih 300 kelab di seluruh dunia dan liga-liga sukan utama.

Menurut rangkaian Fanatics, Ronaldo menjadi pemain paling laris dalam masa 24 jam setelah beliau memutuskan untuk menyertai semula United.

Beliau mengatasi Messi yang berpindah ke PSG, Bryce Harper yang berhijrah ke pasukan besbol Philadelphia Phillies, Tom Brady ketika menyertai Tampa Bay Buccaneers dan LeBron James yang menyertai pasukan bola keranjang LA Lakers.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan