Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling pertahankan takhta 100 meter gaya kupu-kupu

Perenang negara Joseph Schooling mempertahankan kejuaraannya dengan merangkul satu lagi pingat emas bagi Singapura dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2019 09:15PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 09:19PM

NEW CLARK CITY: Perenang negara Joseph Schooling mempertahankan kejuaraannya dengan merangkul satu lagi pingat emas bagi Singapura dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu.

Schooling mencatat masa 51.84 saat iaitu satu rekod Sukan SEA yang baru.

Pingat perak dimenangi oleh seorang lagi perenang Singapura, Quah Zheng Wen, yang mencatat masa 51.87 saat.

Quah bagaimanapun menunjukkan prestasi lebih baik dalam acara renang kuak lentang 200 meter dan memungut pingat emas.

Beliau mempertahankan kejuaraannya dengan mencatat rekod baru iaitu sepantas 2 minit 0.06 saat.

Satu lagi rekod baru Sukan SEA dicatatkan dalam acara renang lelaki 4X100 meter gaya bebas.

Pasukan Singapura yang terdiri daripada Schooling, Quah, Darren Chua dan Jonathan Tan mendahului perlumbaan itu sejak dari mula.

Mereka meraih pingat emas dengan catatan masa 3 minit 16.82 saat.

Filipina dan Vietnam pula masing-masing menang pingat perak dan gangsa.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. 

Lungsuri toggle.sg/seagames2019 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/MM/AQ/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan