Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jose Mourinho: Penangguhan perlawanan Spurs-Fulham akibat COVID-19 'tidak profesional'

Fulham terpaksa memohon kepada EPL untuk menangguhkan perlawanan Rabu lalu disebabkan beberapa kes positif virus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jose Mourinho: Penangguhan perlawanan Spurs-Fulham akibat COVID-19 'tidak profesional'

Mourinho. (Gambar: Jose Jordan/AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 11:39PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 11:41PM

LONDON: Cara Liga Perdana England (EPL) menangani penangguhan perlawanan Fulham dengan Tottenham Hotspur disebabkan penularan COVID-19 di kelab Fulham 'tidak profesional' dan boleh ditangani lebih baik, kata pengurus Spurs Jose Mourinho pada Jumaat (1 Jan).

Fulham terpaksa memohon kepada EPL untuk menangguhkan perlawanan Rabu lalu disebabkan beberapa kes positif virus itu. Perlawanan itu ditangguhkan kurang tiga jam sebelum bermula.

Mourinho kurang senang kerana tidak dimaklumkan lebih awal dan memuat naik satu komen di Instagram yang menyindir EPL sebagai "liga terbaik di dunia".

"Saya tidak mahu berbual banyak tentang perkara itu. Hanya saya rasa ia tidak profesional tetapi begitulah caranya," kata beliau kepada para wartawan menjelang perlawanan menentang Leeds United esok di padang sendiri.

"Kami menyiapkan diri bagi perlawanan tetapi tidak beraksi pula dan ia mengganggu kerja selama seminggu.

"Sesi latihan akan berlainan jika kami bermain dalam perlawanan itu. Orang kata bagus untuk saya kerana tiada perlawanan tetapi ia hanya bagus untuk saya jika saya tahu tidak ada perlawanan."

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan