Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jose Mourinho dipecat Manchester United

Jose Mourinho meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Manchester United, menurut kelab tersebut pada Selasa (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Jose Mourinho dipecat Manchester United

Gambar Jose Mourinho. (Gambar: OLI SCARFF / AFP)

Diterbitkan : 18 Dec 2018 07:09PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 07:14PM

MANCHESTER: Jose Mourinho meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Manchester United, menurut kelab tersebut pada Selasa (18 Dis).

Ini berlaku sedang United kini dalam kedudukannya yang paling buruk bagi satu-satu musim dalam tempoh 30 tahun. Ia hanya menang 7 daripada 17 perlawanannya sejauh ini.

Dalam satu kenyataan rasmi di lelaman kelab itu, Man United menyatakan seorang pengurus sementara akan dilantik sehingga hujung musim ini sementara kelab itu mengadakan proses pencarian menyeluruh bagi seorang pengurus sepenuh masa yang baru.

"Kelab ingin merakamkan penghargaan buat Jose atas sumbangannya semasa di Manchester United dan mengucapkan selamat maju jaya buat diri beliau."

Perkembangan ini berlaku hanya dua hari selepas Man United kalah 1-3 di tangan Liverpool. Ini mengakibatkannya kini ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool yang mendahului liga sekarang ini selepas 17 perlawanan.

Kenyataan itu tidak mendedahkan jika beliau diberhentikan atau meletak jawatan, namun media di UK melaporkan bahawa beliau dipecat. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan