Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jonathan Chan wakil terjun cantik pertama S'pura layak ke Olimpik

Atlit tempatan, Jonathan Chan menjadi wakil terjun cantik Singapura pertama untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik setelah beliau memenangi acara peringkat akhir Platform 10 meter Lelaki di Piala Terjun Cantik Asia di Kuala Lumpur pada Ahad (8 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jonathan Chan wakil terjun cantik pertama S'pura layak ke Olimpik

Penyelam Nasional Singapura, Jonathan Chan. (Gambar: Hab Sukan Singapura/Twitter)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 05:46PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 05:48PM

SINGAPURA: Atlit tempatan, Jonathan Chan menjadi wakil terjun cantik Singapura pertama untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik setelah beliau memenangi acara peringkat akhir Platform 10 meter Lelaki di Piala Terjun Cantik Asia di Kuala Lumpur pada Ahad (8 Sep).

Chan mengalahkan pesaing-pesaingnya, Wang Zewei dari China dan Ri Kwon Hyok dari Korea Utara, untuk merangkul pingat emas apabila beliau meraih 407.90 mata secara keseluruhan di temasya sukan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di Malaysia.

Chan juga ialah warga Singapura pertama yang layak mewakili negara bagi Olimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 22 tahun itu sebelum ini pernah bersaing dalam Sukan Olimpik Belia 2014 di Nanjing, China, dan membawa pulang dua pingat perak serta dua pingat gangsa dari pertandingan Sukan SEA 2017.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan