Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joel Matip cedera buku lali semasa Liverpool benam Spurs 3-1

Klopp menggandingkan Matip dan kapten pasukan Jordan Henderson untuk mengukuhkan benteng pertahanan Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Joel Matip cedera buku lali semasa Liverpool benam Spurs 3-1

Pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip. (Gambar: REUTERS/Peter Powell)

Diterbitkan : 29 Jan 2021 01:43PM Dikemas Kini : 29 Jan 2021 01:45PM

ENGLAND: Pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip, mengalami kecederaan pada bahagian buku lali semasa pasukan tersebut menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Khamis (28 Jan).

Kecederaan itu didedahkan oleh pengurus Liverpool, Juergen Klopp.

Klopp menggandingkan Matip dan kapten pasukan Jordan Henderson untuk mengukuhkan benteng pertahanan Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Ini setelah Fabinho, yang menjadi pemain gantian disebabkan ramai pemain pertahanan Liverpool yang cedera, turut mengalami masalah kejang otot.

Virgil van Dijk dan Joe Gomez tidak dapat bermain musim ini disebabkan oleh masalah kecederaan yang dialami oleh kedua-dua pemain itu dan mereka berdua adalah antara pemain Liverpool yang mengalami masalah kecederaan jangka panjang.

"Kami menyedari kesukaran yang dialami Matip disebabkan oleh buku lalinya. Beliau tidak boleh bermain. (Sakitnya) pada bahagian ligamen buku lali," Klopp memberitahu para wartawan.

Klopp, yang juga menyifatkan kecederaan Matip sebagai "serius", berkata beliau semakin kurang pilihan pemain.

"Kami masih ada pemain tetapi tidak ramai dari segi pertahanan. Luar biasa apa yang berlaku sekarang ini," tambah Klopp. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan