Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jika anda penyokong tegar Brazil, jangan lepaskan 2 perlawanan ini di Stadium Negara

Pasukan bola sepak Brazil akan mengadakan dua perlawanan persahabatan di Stadium Negara pada bulan depan, menurut pengumuman persekutuan bola sepak negara itu di laman rasminya pada Selasa (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jika anda penyokong tegar Brazil, jangan lepaskan 2 perlawanan ini di Stadium Negara

(Gambar: Peter Cziborra/Reuters)

Diterbitkan : 17 Sep 2019 04:12PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 04:18PM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Brazil akan mengadakan dua perlawanan persahabatan di Stadium Negara pada bulan depan, menurut pengumuman persekutuan bola sepak negara itu di laman rasminya pada Selasa (17 Sep).

Juara Piala Dunia sebanyak lima kali itu akan berdepan dengan Senegal pada 10 Oktober sebelum berentap dengan Nigeria pada 13 October.

Ini merupakan kali kedua gergasi bola sepak Amerika Selatan itu beraksi di Hab Sukan Singapura. Pada kali pertama mereka beraksi di sini pada 2014, mereka mengalahkan Jepun 4-0.

Keempat-empat gol dijaringkan oleh Neymar.

Pada 2008 pula, pasukan Olimpik Brazil menentang pasukan pilihan Singapura di Stadium Negara yang lama sebagai sebahagian daripada persiapan pasuka itu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Beijing 2008.

Brazil menang 3-0 dalam perlawanan tersebut. 

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan