Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jepun siap sedia agih vaksin COVID-19 kepada atlit Olimpik, Paralimpik

Jepun sedang bersiap sedia untuk menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada sekitar 2,500 atlit Sukan Olimpik dan Paralimpik serta staf sokongan, menggunakan vaksin yang didermakan untuk temasya sukan itu di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap program vaksinasi yang begitu lembap dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun siap sedia agih vaksin COVID-19 kepada atlit Olimpik, Paralimpik

(Gambar: AFP/Behrouz MEHRI)

Diterbitkan : 12 May 2021 02:51PM Dikemas Kini : 12 May 2021 02:57PM

TOKYO: Jepun sedang bersiap sedia untuk menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada sekitar 2,500 atlit Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik serta staf sokongan, menggunakan vaksin yang didermakan untuk temasya sukan itu di tengah-tengah kemarahan orang ramai terhadap program vaksinasi yang begitu lembap dijalankan di negara itu.

Dengan tinggal kurang tiga bulan sebelum Sukan Olimpik dirasmikan, Jepun masih bergelut untuk membendung lonjakan kes koronavirus dan majoriti penduduknya mahu temasya sukan itu dibatalkan atau ditunda buat kali kedua.

Hanya sekitar 2.6 peratus penduduk Jepun sudah divaksin buat masa ini dan laporan-laporan bulan lalu yang menyatakan bahawa para atlit akan diberikan keutamaan telah membangkitkan kemarahan rakyat Jepun di media sosial.

Namun minggu lalu, Pfizer dan rakannya dari Jerman, BioNTech mengumumkan bahawa mereka akan mendermakan vaksin COVID-19 kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memvaksin atlit dan delegasi mereka yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.

Para pegawai Jawatankuasa Olimpik Jepun dan Jawatankuasa Paralimpik Jepun berkata pada Rabu (12 Mei) bahawa mereka sedang menanyakan setiap persekutuan sukan berapa ramai atlit yang mahu divaksin dan bila ia harus dilakukan.

"Apa yang para pegawai kami ingin katakan adalah kami akan memastikan kami tidak menimbulkan masalah terhadap penduduk secara amnya," kata Miho Kuroda dari Jawatankuasa Paralimpik Jepun.

Akhbar harian Yomiuri Shimbun melaporkan vaksinasi boleh dimulakan seawal Jun, tetapi para pegawai menegaskan jadual, serta perincian lain, seperti siapa yang akan memberikan vaksin masih belum jelas.

Peraturan Jepun setakat menyatakan bahawa hanya doktor atau jururawat yang boleh memberikan suntikan dan ini melengahkan lagi pelaksanaan program vaksinasi di seluruh negara. Doktor gigi hanya dibenarkan untuk berbuat demikian pada bulan lalu.

IOC, pihak penganjur dan kerajaan Jepun sudah berulang kali berikrar bahawa temasya sukan itu akan berlangsung seperti yang dijadualkan dari 23 Jul hingga 8 Ogos, walaupun dikritik hebat baik di dalam mahupun luar negeri.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan