Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jepun pertimbangkan keadaan darurat separa sehingga Olimpik bermula

Pemerintah Jepun sedang membuat pertimbangan menamatkan keadaan darurat di Tokyo dan beberapa wilayah lain seperti yang dijadualkan pada 20 Jun tetapi melaksanakan keadaan darurat separa sehingga Julai apabila sukan Olimpik bermula, lapor akhbar Mainichi.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun pertimbangkan keadaan darurat separa sehingga Olimpik bermula

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 11 Jun 2021 10:17AM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 10:21AM

TOKYO: Pemerintah Jepun sedang membuat pertimbangan menamatkan keadaan darurat di Tokyo dan beberapa wilayah lain seperti yang dijadualkan pada 20 Jun tetapi melaksanakan keadaan darurat separa sehingga Julai apabila sukan Olimpik bermula, lapor akhbar Mainichi.

Jangkitan koronavirus di bandar Olimpik, Tokyo semakin berkurangan dalam tempoh keadaan darurat bulan lalu. Namun, pihak berkuasa tetap prihatin akan penularan varian-varian lain dan tekanan berterusan ke atas sumber-sumber perubatan.

Akhbar Mainichi melaporkan pada Jumaat (11 Jun) bahawa pemerintah akan mengarah restoran-restoran untuk memendekkan waktu operasi dan melaksanakan sekatan lain di bawah keadaan darurat separa itu. Buat masa ini, tempat-tempat minuman keras dan restoran-restoran diarah tutup sebelum pukul 8.00 malam dan dilarang menjual minuman keras.

Keputusan muktamad dijangka akan diumumkan hujung minggu depan, beberapa hari sebelum keadaan darurat tamat, termasuk di Hokkaido yang menjadi tuan rumah bagi acara maraton.

Tinjauan-tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan warga Jepun menentang penganjuran Olimpik tahun ini kerana bimbang tentang kemasukan para atlit dan pegawai dari luar negara. Sejauh ini, Jepun tidak membenarkan pelawat asing masuk sejak tercetusnya pandemik tahun lalu.

Temasya Olimpik dijadualkan bermula 23 Julai nanti.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan