Images
  • tokyo olympic
    (Gambar: Reuters)

Jepun pertimbang longgarkan sekatan perjalanan atlit luar negara yang sertai Sukan Olimpik, Paralimpik Tokyo

TOKYO: Jepun akan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan perjalanan atlit luar negara yang menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, lapor agensi berita Kyodo.

Kerajaan berpendapat satu sistem perlu diwujudkan bagi membolehkan atlit dan pihak berkaitan memasuki ke Jepun andai keadaan COVID-19 menyebabkan larangan masuk ke negara dan wilayah tertentu tidak dapat ditarik balik, memetik beberapa sumber pada Selasa (7 Jul).

Olimpik Tokyo sepatutnya berlangsung pada Mac tetapi terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. 

Olimpik kali ini dijangka disertai lebih 200 negara dan wilayah dengan melibatkan 11,000 atlit.

Sejak Februari, Jepun sudahpun memperketat sekatan perjalanan ke atas pelawat luar sebagai sebahagian langkah kawalan sempadan untuk mencegah penularan COVID-19.

Setakat ini, rakyat daripada 129 negara dan wilayah dilarang masuk ke Jepun termasuk Algeria, Cuba dan Iraq.

Olimpik Tokyo dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan, diikuti dengan kejohanan Paralimpik antara 24 Ogos hingga 5 September.

- BERNAMA/FZ/fz

Top