Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jepun dedah lokasi Olimpik Tokyo 2020 diilhamkan seni bina tradisional

Pihak penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini (29 Okt) mendedahkan bangunan gimnasium bernilai AS$188 juta (S$256 juta) yang diilhamkan daripada seni bina Jepun menggunakan bahan kayu dari merata negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun dedah lokasi Olimpik Tokyo 2020 diilhamkan seni bina tradisional

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Oct 2019 09:46PM Dikemas Kini : 29 Oct 2019 09:48PM

TOKYO: Pihak penganjur sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini (29 Okt) mendedahkan bangunan gimnasium bernilai AS$188 juta (S$256 juta) yang diilhamkan daripada seni bina Jepun menggunakan bahan kayu dari merata negara itu.

Bangunan futuristik terletak di tengah-tengah pusat bandar Tokyo itu menggunakan 2,300 meter padu kayu dan kaedah binaan tradisional.

Struktur Pusat Gimnastik Ariake itu menampilkan bumbung yang beralun dengan dindingnya di luar menggunakan kayu pokok sedar.

Palang-palang sokongan membuat bangunan itu kelihatan seakan-akan terapung di udara.

Pihak penganjur berkata bangunan itu bertujuan kelihatan seperti "sebuah mangkuk kayu yang terapung dalam kawasan teluk."

Kemudahan itu boleh menampung 12,000 penonton dengan bangku-bangku panjang ditempatkan di sekitar ruang bangunan.

Stadium Olimpik utama direka jurubina ternama Jepun Kengo Kuma dan menampilkan juga penggunaan kayu sebagai mengiktiraf kaedah binaan tradisional.

Bangunan gimnastik baru itu merupakan tempat sementara, yang dijangka diubah menjadi sebuah pusat pameran setelah tamat temasya sukan Olimpik. 

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan