Images
  • beijing olympic 2022 protests
    Tunjuk perasaan di luar bangunan konsulat China di LA, California Amerika Syarikat pada 3 Nov 2021 bantah Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 (Gambar: Frederic J. BROWN/AFP)

Jepun akan putuskan sendiri penyertaan Olimpik Musim Sejuk Beijing

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun akan membuat keputusan bebas berhubung penyertaan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, kata Menteri Luar Yoshimasa Hayashi pada Ahad (21 Nov) seperti dilaporkan agensi Sputnik.

"Jepun bercadang untuk mempertimbangkan isu-isu dari kedudukan Jepun. Ia bukan tentang apa yang anda lakukan atau apa yang anda tidak lakukan. Kami akan berpegang pada pendirian kami sahaja," kata menteri itu kepada penyiar Jepun, Fuji TV ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Amerika Syarikat melakukan boikot diplomatik terhadap Sukan Olimpik itu.

Pada Khamis, Presiden AS Joe Biden berkata bahawa pentadbirannya sedang mempertimbangkan kemungkinan memboikot secara diplomatik Sukan Olimpik di Beijing.

Pada Sabtu, the Times melaporkan UK juga sedang mempertimbangkan langkah yang sama ekoran dakwaan pencabulan hak asasi manusia di China.

Temasya Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dijadual berlangsung antara 4 hingga 20 Februari 2022.

LAPORAN BERKAITAN:

- BERNAMA/TQ/tq

Top