Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jelang perlawanan akhir UEFA, but Salah dipamerkan di Muzium British

Sepasang but Mohamed Salah akan dipamerkan di Muzium British sempena perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jelang perlawanan akhir UEFA, but Salah dipamerkan di Muzium British

Gambar: Mohamed Salah/Facebook

Diterbitkan : 19 May 2018 01:51PM Dikemas Kini : 19 May 2018 01:59PM

LONDON: Sepasang but Mohamed Salah akan dipamerkan di Muzium British sempena perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Kasut bintang Liverpool itu didermakan kepada institusi London tersebut selepas beliau memenangi Kasut Emas Liga Perdana England (EPL) dengan rekod 32 gol dalam 38 penampilan.

Pemain antarabangsa Mesir tersebut terkemuka bukan saja di Mesir, tetapi juga di Britain, malah di seluruh dunia berikutan prestasi baik yang ditunjukkan semasa bermain bersama Liverpool selain mengetuai negaranya ke Piala Dunia 2018.

Sepatu Salah itu akan ditempatkan di samping koleksi khazanah Mesir.

Penyimpan Artifak Mesir Purba dan Sudan, Neal Spencer, berkata: "Usaha sama ini membolehkan koleksi terkenal Mesir diperkenalkan kepada dunia melalui Muzium British.

"Kasut ini menceritakan ikon moden Mesir di UK yang mencetuskan kesan besar di peringkat global.

"Ia dipamerkan di samping patung-patung firaun purba, kami kini mempersembahkan but yang dipakai Mo Salah ketika memenangi Kasut Emas untuk Liverpool.

"Kerjasama ini membolehkan kami menceritakan kisah kehidupan warga Mesir pada abad ke-20 dan 21.

"Dari sudut sukan, hiburan, pemasaran sehinggalah kepada rekaan, koleksi ini kini boleh diakses oleh semua orang -- seperti zaman sejarah Mesir yang kaya."

Salah, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim 2018 , turut dicalonkan bagi Anugerah PFA oleh peminat.

Beliau akan menghadapi persaingan daripada David de Gea, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling, Harry Kane dan Eden Hazard.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan