Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

JDT tarik 'minat' syarikat gergasi; pemain dapat rawatan taraf dunia

Keyakinan terhadap jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menambat hati syarikat antarabangsa untuk melabur terhadap kelab berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
JDT tarik 'minat' syarikat gergasi; pemain dapat rawatan taraf dunia

Gambar: JOHOR Southern Tigers/Facebook

Diterbitkan : 21 Sep 2021 08:08AM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 09:37AM

KUALA LUMPUR: Keyakinan terhadap jenama Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menambat hati syarikat antarabangsa untuk melabur terhadap kelab berkenaan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata syarikat antarabangsa sudah pasti membuat kajian mendalam dan sepenuhnya sebelum mereka mahu "meletakkan duit" untuk melabur dalam sesuatu perkara, lapor Harian Metro.

"Saya rasa mana-mana syarikat atau individu yang berduit akan membuat penilaian sama ada boleh dapatkan pulangan yang baik ataupun tidak sebelum membuat apa-apa pelaburan.

"Saya fikir ramai percaya pada projek JDT kerana kita tengok JDT sudah menjadi jenama antarabangsa. Syarikat yang menaja JDT hari ini bukan calang-calang seperti Subway, Hublot, Aston Martin dan UNICEF, antara organisasi terbesar di dunia.

"Saya rasa mereka pun tahu dan buat kajian sebelum melabur. Kalau mereka rasa sesuai, mereka akan labur dalam projek itu.

"Saya hanya beri tawaran ataupun berbincang tetapi mereka sendiri yang memutuskan untuk meletakkan pelaburan. Bukan saya letak pistol atas kepala sesiapa," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Harian Metro melaporkan Tunku Ismail menyatakan jaringan kerjasama yang dilakar di Eropah menyaksikan pemain mereka yang mengalami kecederaan akan menikmati rawatan bertaraf dunia.

"Kita ada perjanjian dengan doktor yang juga konsultan Manchester City dan Barcelona (Dr Juan Boffa) untuk berkolaborasi dengan dia. Saya hantar Ramadhan (Saifullah) ke Barcelona untuk menjalani pembedahan dan kita akan dapat dia kembali pada tahun depan.

"(Pernah hantar) Gary Steven Robbat, S Kunanlan. Kita akan menghantar setiap pemain yang tercedera untuk mendapatkan rawatan mereka di Barcelona," kata beliau. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan