Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

JDT bakal jadi kelab RM1 bilion jelang 2021, kata Tunku Ismail

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan nilai kelab Harimau Selatan itu bakal mencecah RM1 bilion (S$327 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
JDT bakal jadi kelab RM1 bilion jelang 2021, kata Tunku Ismail

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Dec 2019 06:36PM Dikemas Kini : 21 Dec 2019 06:44PM

ISKANDAR PUTERI: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan nilai kelab Harimau Selatan itu bakal mencecah RM1 bilion (S$327 juta) dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, sasaran itu bakal dicapai mengambil kira kesemua aset milik JDT seperti hartanah, stadium serta fasiliti lain.

"JDT telah mengumpul semua sekali aset kelab dan kami menyerahkan kepada empat syarikat perakaunan untuk membuat penilaian kepada semua aset komersial JDT.

Setakat ini, sebanyak RM600 juta (S$196.3 jtua) yang telah dikaji dan dijangka mengambil masa sehingga dua tahun untuk mencapai sasaran RM1 billion (S$327 juta) itu," kata Tengku Ismail kepada para pemberita di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri pada Jumaat (20 Dis).

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata stadium baru JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim akan beroperasi secara rasmi pada 25 Januari depan.

"Wakil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan hadir untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan stadium itu mengikut piawaian ditetapkan badan induk bola sepak Asia tersebut," tambah beliau.

Tunku Ismail turut mengumumkan JDT memperuntukkan sebanyak RM75 juta (S$24.5 juta) bagi membina beberapa kemudahan baru kelab juara Liga Super itu.

Antaranya termasuklah pusat latihan baharu, stadium mini berkapasiti 8,000 penonton dan dua padang tertutup di kawasan Stadium Sultan Ibrahim.

"Pusat Latihan di Sri Gelam akan beroperasi sebagai pusat rawatan yang dilengkapi dengan peralatan kesihatan bertaraf dunia," tambahnya lagi.

Sementara itu, mengenai penyertaan Liridon Krasniqi dalam kelab itu pada musim depan, Tunku Ismail menyifatkan pemain itu seorang yang bekerja keras, komited dan sangat profesional.

JDT mengumumkan bekas pemain Kedah itu menyertai pasukan berkenaan dalam sidang media oleh Ketua Jurulatih, Benjamin Mora pada Jumaat. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan