Images
  • messi (1)
    Messi menjaringkan dua gol dalam perlawanan menentang Lyon semalam (13 Mar). (Gambar: Juan Medina/AFP)

Jaringan Messi bantu Barca belasah Lyon; mara ke suku akhir

BARCELONA: Lionel Messi menjaringkan dua gol untuk membantu Barcelona mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan pasukan tuan rumah itu membelasah Olympique Lyonnais 5-1 semalam (13 Mac).

Kapten Barca itu membuka tirai jaringan dengan menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-17. Dengan itu, gergasi Sepanyol tersebut mendahului permainan selepas mencatat keputusan seri pada pertemuan pertama di Perancis.

Luiz Suarez kemudian dengan licik memperdayakan penjaga gawang Anthony Lopes sebelum menghantar bola kepada Philippe Coutinho yang berjaya menambah gol kedua bagi Barca.

Meskipun Lyon berhasil menyumbatkan satu gol pada awal separuh masa kedua, jaringan kedua Messi melenyapkan harapan Lyon untuk bangkit kembali. Pada minit ke-78, bintang Barca itu membolosi benteng pertahanan Lyon untuk menjaringkan gol keduanya.

Gerard Pique dan Ousmane Dembele menyumbang dua lagi gol, masing-masing pada minit ke-81 dan ke-86. 

- AFP/SM/sm

Top