Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jangan cuba ganggu perlawanan, ini amaran Hab Sukan S'pura

Semua penceroboh yang masuk ke padang secara haram sejak beberapa perlawanan bola sepak di Hab Sukan Singapura kebelakangan ini sudahpun diserahkan kepada pihak polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan cuba ganggu perlawanan, ini amaran Hab Sukan S'pura

Seorang penceroboh yang memasuki padang semasa perlawanan persahabatan antara Brazil dengan Senegal pada 10 Okt 2019.

Diterbitkan : 17 Oct 2019 12:02PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 12:04PM

SINGAPURA: Semua penceroboh yang masuk ke padang secara haram sejak beberapa perlawanan bola sepak di Hab Sukan Singapura kebelakangan ini sudahpun diserahkan kepada pihak polis.

Perkara ini disahkan oleh Hab Sukan Singapura pada Rabu (16 Okt).

Perkembangan itu diumumkan selepas beberapa orang penonton lari ke padang dalam perlawanan persahabatan antara Brazil dengan Senegal pada Khamis (10 Okt).

Semasa perlawanan saringan antara tuan rumah Singapura dengan Uzbekistan lima hari kemudian (15 Okt), seorang penyokong dilihat memasuki kawasan antara padang dengan tempat duduk penonton di mana dia bersemuka dengan para penyokong Uzbekistan. Dia kemudian dibawa keluar oleh para pengawal keselamatan.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, Hab Sukan Singapura menyatakan pencerobohan sedemikian atau bentuk pencerobohan yang lain akan ditangani dengan 'tegas'.

"Stadium dibangunkan sedemikian rupa agar ia dapat membawa para penonton dekat dengan apa yang berlaku di padang. Pencerobohan sedemikian berlaku di merata dunia apabila para penyokong bertambah ghairah dan mereka mahu mendekati para idola mereka," menurut Hab Sukan Singapura.

Meskipun Hab Sukan Singapura menyatakan pihaknya sudah 'belajar' daripada insiden tersebut, ia tidak pula mendedahkan ciri-ciri keselamatan yang sudah dipertingkatkan.

Mediacorp juga sudah menghubungi Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mendapatkan penjelasan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan