Images
  • nicol ann david
    Gambar: BERNAMA

Jaguh skuasy M'sia, Nicol Ann David terima gelaran 'Datuk'

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini (16 Nov) mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh dan legenda skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David.  

Nicol, 38 tahun, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara.

Mendahului senarai penerima bagi istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Lokman Hakim Ali yang turut dikurniakan PJN.

Antara lain turut membawa gelaran 'Datuk', Setiausaha Negeri Kelantan Nazran Muhammad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Leftenan Jeneral Hasagaya Abdullah, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Zamri Yahya.

Isitiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baru susuli wabak COVID-19 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.

Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

- BERNAMA/SM/sm

Top