Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jaguh lumba basikal Sukan SEA anjur #cycle55donate5nominate5; bantu pecahkan tembok sosial warga tua dengan masyarakat

Pandemik COVID-19 yang masih berlarutan membawa pelbagai kesulitan kepada masyarakat, tanpa mengira usia, namun peritnya lebih terasa dalam kalangan warga tua. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jaguh lumba basikal Sukan SEA anjur #cycle55donate5nominate5; bantu pecahkan tembok sosial warga tua dengan masyarakat

(Gambar: GIVE.asia menerusi Persekutuan Berbasikal Singapura/Facebook)

SINGAPURA: Pandemik COVID-19 yang masih berlarutan membawa pelbagai kesulitan kepada masyarakat, tanpa mengira usia, namun peritnya lebih terasa dalam kalangan warga tua.

Ini terutama bagi mereka yang tidak mampu bekerja untuk menyara kehidupan dek ketidakupayaan fizikal mahupun masalah kesihatan kronik yang lain.

Pelbagai bentuk skim bantuan dihulurkan Pemerintah untuk memenuhi keperluan golongan tersebut. Bagaimanapun, ada satu lagi isu lain yang boleh terus menjejas kesejahteraan diri mereka tatkala masa mencabar ini - warga emas yang hidup terpencil.

Hidup terpencil dan 'terputus' daripada dunia luar boleh memudaratkan keadaan mental seseorang sehingga menyebabkan kemurungan atau bagi sesetengah kes, timbul pula niat untuk meragut nyawa diri sendiri.

Menyedari betapa serius isu itu, pelumba basikal negara Calvin Sim tidak berfikir dua kali untuk menjadi relawan kepada satu inisiatif murni yang membawa warga emas keluar bersiar-siar menaiki beca sebagai cara untuk menghakis perasaan sunyi dalam diri mereka.

An initiative by our ���������������� ���������� and ������ ���������� �������� ���������������� ��, Calvin Sim for giving back to the community thru...

Posted by Singapore Cycling Federation on  Monday, 7 September 2020

Inisiatif oleh kumpulan Cycling Without Age (CWA) Singapore itu bertujuan menghubungkan warga tua dengan masyarakat melalui khidmat menaiki beca secara percuma.

Sedari itu, Calvin - yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA, memulakan inisiatif yang tersendiri bagi membantu membiayai CWA dalam usaha tersebut.

Dipanggil #cycle55donate5nominate5, Calvin mengajak masyarakat menderma S$5 setelah menyelesaikan cabaran mengayuh basikal sejauh 55 kilometer dalam satu masa.

Selain mengongsikan kegiatan berbasikal mereka di wadah media sosial pilihan, peserta diminta mencalonkan lima kawan untuk menyertai cabaran tersebut.

"Jika anda tidak dapat menamatkan cabaran 55km dalam satu masa, sila buat sumbangan sekurang-kurangnya S$10. Kami amat berterima kasih atas kemurahan hati anda!," kata Calvin seperti ditukil dalam satu rencana di laman GIVE.asia.

Sejauh ini, sebanyak S$328 berjaya diraih menerusi cabaran tersebut yang menyasarkan untuk mengumpul S$555.

Ikuti lelaman ini untuk mengetahui cara lebih lanjut bagaimana anda boleh mengambil bahagian dan menghulurkan sumbangan.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan