Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad minta maaf gagal lapor diri

Hanya ungkapan maaf yang mampu dikeluarkan jaguh olahraga Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli, selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, malam semalam (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad minta maaf gagal lapor diri

Jaguh olahraga Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 02:03PM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 02:06PM

TOKYO: Hanya ungkapan maaf yang mampu dikeluarkan jaguh olahraga Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli, selepas terlepas peluang mempertahankan emas Rio 2016 dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, malam semalam (31 Ogos).

Atlit kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli, yang memecahkan rekod dunia dua kali dan boleh memenangi emas dalam acara tersebut, diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start' (DNS) atau tidak memulakan persaingan kerana protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa beliau lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.

Protes serupa juga dilakukan terhadap atlit dari Australia Todd Hodgets dan Jordi Patricio Congo Villalba dari Ecuador yang turut diklasifikasikan sebagai DNS.

”Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya di laman Instagram hari ini (1 Sep).

Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlit Ukraine, Maksym Koval, diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34 meter sekali gus memecah rekod dunia milik Muhammad Ziyad.

Perak juga milik atlit Ukraine, Oleksandr Yarovyi, dengan lontaran 17.30 meter manakala gangsa dibawa pulang Efstratios Nikolaidis dari Greece, dengan lontaran 15.93meter.

Kontinjen Malaysia bersama Australia dan Ecuador yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan melancarkan protes sejurus keputusan akhir dikeluarkan kepada pihak jawatankuasa teknikal pertandingan.

Ketua kontinjennya, Megat D Shahriman Zaharudin, juga memberitahu akan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan itu.

Namun, WPA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia menolak rayuan Malaysia dan juga Australia serta Ecuador berhubung keputusan acara itu.

Keputusan itu berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia - 'Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu' yang menyatakan bahawa sekiranya atlit tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual Bilik Menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.

Awal dari itu, Muhammad Ziyad mencuri tumpuan selepas 'memecah’ rekod dunia pada lontaran pertama iaitu dengan lontaran 17.29 meter di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London pada 2017, dengan catatan 17.31 meter pada lontaran pertamanya.

Beliau kemudian terus menampilkan aksi menakjubkan apabila memperbaiki rekod dunianya dalam lontaran ketiga iaitu dengan 17.94 meter, jauh mengatasi pencabar lain sebelum menerima khabar buruk berhubung keputusan kontroversi itu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan