Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jaguh badminton dunia kini di S'pura bagi Kejohanan Terbuka Singapura 2019

Para pemain handalan sukan badminton kini di negara ini bagi menyertai Kejohanan Terbuka Singapura 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Apr 2019 09:50PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 09:55PM

SINGAPURA: Para pemain handalan sukan badminton kini di negara ini bagi menyertai Kejohanan Terbuka Singapura 2019.

Perlawanan pusingan kelayakan berlangsung hari ini (9 Apr) di Stadium Tertutup.

Pemain nombor satu dunia perseorangan lelaki, Kento Momota dari Jepun akan beraksi menentang pemain dari India, Sai Praneeth Bhamidipati dalam pusingan pertama.

Acara perseorangan wanita pula menampilkan tujuh pemain yang menduduki tangga sepuluh teratas di dunia.

Yeo Jia Min dari Singapura yang menduduki tangga ke-32 dalam senarai dunia, akan menentang pemain Indonesia, Ruseli Hartawan dalam pusingan pertama.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan