Images
  • itali
    (Gambar: AFP)

Itali tewaskan Belanda untuk mendahului kumpulan Liga Negara-Negara UEFA

AMSTERDAM: Itali mendaki ke persada kumpulan Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin (7 Sep) selepas kemenangan 1-0 mengatasi Belanda namun sedikit terganggu apabila bintang meningkat naik Nicolo Zaniolo mungkin mengalami satu lagi kecederaan lutut serius.

Tandukan kencang Nicolo Barella pada penamat permainan babak pertama sudah cukup untuk pasukan kendalian Roberto Mancini memungut tiga mata di Amsterdam dan kedudukan teratas Liga A, Kumpulan 1

Pasukan 'Azzurri' kini satu mata di depan Belanda yang beraksi di bawah bimbingan jurulatih sementara Dwight Lodeweges selepas Ronald Koeman ke Barcelona, dan pasukan tangga ketiga Poland yang menang 2-1 mengatasi Bosnia dan Herzegovina.

"Saya gembira dengan daya pemikiran, persembahan mereka, para pemain beraksi dengan hebat," kata Mancini kepada penyiar Itali, Rai.

Mancini membuat tujuh perubahan daripada pasukan yang seri 1-1 dengan Bosnia pada Jumaat lalu yang menamatkan 11 perlawanan dengan kemenangan dan kali ini pasukan itu menguasai permainan di Johan Cruijff Arena.

"Anda tidak akan menang 11 perlawanan berturut-turut jika anda tidak mempunyai daya pemikiran yang bagus. Pasukan yang kami tewaskan (pada kelayakan Euro 2020) tidak sehebat Belanda atau Jerman, tetapi untuk menang masih sukar," kata bekas jurulatih Inter Milan dan Manchester City itu. 

- AFP/NA/na

Top