Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Itali mesti bertindak hapuskan perkauman di stadium, kata ketua Persekutuan

Pihak berkuasa bola sepak dan pemerintah Itali mesti bertindak membanteras perkauman di stadium sekalipun seorang penonton sahaja terlibat, kata ketua Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) Gravina pada Khamis.

Anggaran Waktu Membaca:
Itali mesti bertindak hapuskan perkauman di stadium, kata ketua Persekutuan

Itali mesti bertindak hapuskan perkauman di stadium. (Gambar: John Sibley/Reuters)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 12:37PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 12:43PM

ROME: Pihak berkuasa bola sepak dan pemerintah Itali mesti bertindak membanteras perkauman di stadium sekalipun seorang penonton sahaja terlibat, kata ketua Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) Gravina pada Khamis.

Beliau menambah, pihaknya mahu isu berkenaan diselesaikan dengan menggunakan teknologi seumpama VAR.

Beberapa kelab di Liga Itali sebelum ini terlepas hukuman berhubung insiden dipercayai berunsur perkauman selepas tribunal disiplin Serie A memutuskan bahawa ejeken itu tidak begitu jelas dalam stadium tersebut meskipun para penonton televisyen dapat mendengarnya.

Kes terbaru mengenai isu berkenaan berlaku di Cagliari ketika kelab itu berdepan Inter Milan yang menyaksikan sayap Belgium, Romelu Lukaku diejek dengan suara monyet namun tiada tindakan dikenakan ke atas kelab Sardinia itu.

"Ia membingungkan saya kerana ada ejekan itu jelas tetapi ada tidak, maka kita perlu berusaha untuk mencari puncanya, tetapi ia tidak biasa,” kata Gravina.

"Saya tidak berminat tentang berapa kuat atau berapa kali laungan itu berlaku, tapi mahu tahu apa alasan sebenar di sebaliknya,” katanya.

"Saya tidak kisah jika ia dapat didengar atau tidak. Tidak kira ia dilaungkan sama ada oleh seorang, dua atau 10 orang, kita perlu masuk campur.”

Gravina tidak memberikan penerangan terperinci mengenai kaedah pemantauan namun mencadangkan supaya sistem masa nyata seumpama VAR dapat digunakan untuk merakam insiden besar.

"Hari ini kebanyakan kelab berupaya menggunakan teknologi untuk mengenal pasti perlakuan individu yang bertanggungjawab. Kami sedang menguji sistem ini dan akan memberitahu perkembangannya nanti,” katanya.

"Kami bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan sedang merangka undang-undang ketat dengan hukuman setimpal," tambahnya.

"Justeru, kami akan gunakan teknologi berkenaan, tapi ia akan hanya dapat dilaksanakan dengan bantuan pasukan polis dan pegawai Kementerian Dalam Negeri.”

Masalah pekauman sudah lama membelenggu bola sepak Eropah bahkan ia makin menjadi-jadi ketika ini sehingga kutukan dan hinaan ke atas pemain dilakukan di laman sosial.

Dalam kejadian terbaru, ketua Kesatuan Bolasepoak Bulgaria (BFU), Borislav Mihaylov terpaksa meletak jawatan Selasa lalu selepas sekumpulan penyokong Bulgaria mengejek para pemain England dengan suara monyet sambil melakukan tabik Nazi ketika aksi Kelayakan Euro 2020 di Sofia, sekali gus memaksa pengadil dua kali menghentikan perlawanan.

"Apa yang belaku di Sofia mengesahkan bahawa perkauman merebak ke seluruh benua, bukan setakat di Itali, ia perlu ditangani dengan sepenuh ketegasan," kata Gravina 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan