Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Itali 'lenyap' dari bola sepak Piala Dunia 2018 setelah tersingkir

Bayangkan, kejohanan Piala Dunia tanpa Itali. Sebahagian peminat bola sepak akan menyifatkannya sebagai kurang meriah.

Anggaran Waktu Membaca:
Itali 'lenyap' dari bola sepak Piala Dunia 2018 setelah tersingkir

Marcus Berg dari Sweden (tengah) berusaha mendapatkan bola dari Leonardo Bonucci dan Marco Parolo (kanan) dari Itali semasa perlawanan peringkat saringan Piala Dunia 2018. (Gambar: MARCO BERTORELLO/AFP)

Diterbitkan : 14 Nov 2017 06:43PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 07:00PM

MILAN: Bayangkan, kejohanan Piala Dunia tanpa Itali. Sebahagian peminat bola sepak akan menyifatkannya sebagai kurang meriah.

Ya atau tidak rumusan tersebut, hakikatnya Itali - juara Piala Dunia sebanyak empat kali - kini terkeluar daripada Piala Dunia 2018 setelah gagal dalam pusingan saringan.

Ini kali pertama dalam masa 60 tahun, Itali gagal melayakkan diri dalam pusingan akhir Piala Dunia.

Sebaliknya Sweden yang mara ke Rusia meskipun seri dengan Itali.

Bertandang ke padang Itali, benteng pertahanan Sweden berjaya menangkis semua serangan pasukan tuan rumah sejak dari awal perlawanan pusingan kedua kelayakan piala dunia itu.

Juara empat kali Itali juga menguasai 75% perlawanan menentang Sweden itu.

Namun, semua peluang untuk menjaringkan gol gagal membuahkan hasil.

Itali yang belum pernah terlepas peluang untuk beraksi dalam Piala Dunia sejak 1958 itu akhirnya terpaksa menerima keputusan seri tanpa gol dengan Sweden.

Bagaimanapun, Sweden tetap layak hasil kemenangan 1-0 dalam pusingan pertama di Stockholm.

Ini merupakan kali pertama Sweden ke peringkat akhir Piala Dunia sejak 2006. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan