Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Itali buka tirai Euro 2020 dengan benam Turki 3-0

Itali membuka tirai pertandingan Euro 2020 dengan menewaskan Turki 3-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Olimpik pada Jumaat (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Itali buka tirai Euro 2020 dengan benam Turki 3-0

Lorenzo Insigne menjaringkan gol ketiga Itali dalam perlawanan pembukaan menentang Turki di Stadio Olimpico. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 07:45AM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 07:48AM

ROME: Itali membuka tirai pertandingan Euro 2020 dengan menewaskan Turki 3-0 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Olimpik pada Jumaat (11 Jun).

Pasukan pimpinan Roberto Mancini itu berjaya membolosi benteng pertahanan Turki pada minit ke-53 apabila hantaran lintang Domenico Berardi terkena Merih Demiral lalu melantun ke gawang sendiri.

Itali, yang belum tewas sepanjang 28 perlawanan, menggandakan jaringan gol pada minit ke-66 apabila rembatan kencang Leonardo Spinazzola yang ditepis oleh penjaga gawang Turki, Ugurcan Cakir disambar oleh Ciro Immobile untuk menjaringkan gol kedua Itali.

Lorenzo Insigne kemudian melebarkan jurang gol antara kedua-dua pasukan untuk menjaringkan gol ketiga Itali, sekali gus menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-79.

Kemenangan besar itu disaksikan oleh 16,000 penyokong di Stadio Olimpico yang terletak di ibu kota Rome.

Pertunjukan bunyi dan cahaya yang luar biasa serta pertunjukan bunga api yang menakjubkan mengawali kejohanan selama sebulan yang melibatkan 24 pasukan merata Eropah berentap untuk merebut trofi Euro 2020 selepas ia ditunda selama setahun dek pandemik COVID-19.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan