Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ireland, UK mungkin bergabung bida jadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030

 Ireland dan United Kingdom (UK) mungkin bergabung untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
Ireland, UK mungkin bergabung bida jadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 11:27PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 11:32PM

MOSCOW: Ireland dan United Kingdom (UK) mungkin bergabung untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030, lapor Sputnik menukil media tempatan.

Persatuan Bola Sepak England (FA) juga sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan bidaan.

Perkara itu masih belum diputuskan, tetapi minggu lalu Presiden Persatuan Persatuan Sepak Bola Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin dilaporkan menyambut baik cadangan tersebut.

Menurut akhbar Daily Mail, FA belum menghantar permintaan secara rasmi ke persatuan bola sepak Ireland.

Penganjuran bersama boleh menyelesaikan masalah kekurangan tapak perlawanan untuk Piala Dunia di Ireland Utara, kerana Dublin hanya mempunyai dua stadium yang sesuai iaitu Stadium Aviva dan Croke Park.

Bagaimanapun, UK mungkin akan menghadapi masalah kerana negara itu mempunyai empat pasukan kebangsaan - England, Ireland Utara, Scotland dan Wales.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan