Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

IOC putuskan penganjuran Olimpik Tokyo 2020 dalam 4 minggu

 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan membuat keputusan muktamad sama ada untuk meneruskan atau menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam tempoh empat minggu menyusuli pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
IOC putuskan penganjuran Olimpik Tokyo 2020 dalam 4 minggu

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 10:13AM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 10:15AM

TOKYO: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan membuat keputusan muktamad sama ada untuk meneruskan atau menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam tempoh empat minggu menyusuli pandemik COVID-19.

IOC dalam laman webnya menyatakan ia sudah memulakan perbincangan menyeluruh dengan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, pihak berkuasa Jepun dan Kerajaan Metropolitan Tokyo mengenai temasya itu dan pembatalannya bukan agenda mereka buat masa ini.

"IOC yakin akan dapat menyelesaikan perbincangan ini dalam tempoh empat minggu akan datang dan sangat menghargai setiakawan serta kerjasama NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) dan IF (Persekutuan Sukan Antarabangsa) dalam menyokong atlit dan menyesuaikan perancangan Sukan Olimpik," katanya.

Badan pentadbir dunia itu juga mendedahkan ia sudah meningkatkan perancangan senario Sukan Olimpik 2020, termasuk mengubah suai pelan operasi sedia ada untuk temasya itu diteruskan pada 24 Julai dan juga perubahan tarikh mula penganjurannya.

IOC menambah, langkah itu akan membolehkannya untuk mendapat gambaran sebenar situasi perkembangan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan di Jepun, yang kemudian akan menjadi asas untuk membuat keputusan terbaik demi kepentingan atlit dan individu lain yang terlibat.

IOC juga berkata sambutan hangat ditunjukkan rakyat Jepun sempena ketibaan Obor Sukan Olimpik dari Greece pada Jumaat meningkatkan keyakinan IOC untuk kerajaan Jepun menganjurkan temasya Sukan Olimpik dengan sekatan keselamatan tertentu dan pada masa yang sama terus mendukung prinsip melindungi kesihatan semua pihak yang terlibat.

Ia juga menggariskan beberapa cabaran yang akan dihadapi sebelum membuat keputusan termasuk peningkatan drastik kes COVID-19, sejumlah besar hotel yang telah ditempah oleh atlit dan pegawai, beberapa lokasi penting yang diperlukan untuk Sukan Olimpik mungkin tidak dapat disediakan, selain untuk menyelaraskan jadual pertandingan bagi 33 acara Sukan Olimpik itu.

IOC mengadakan mesyuarat lembaga eksekutif pada Ahad berikutan desakan oleh atlit dan NOC untuk menangguhkan Sukan Olimpik berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan