Images
  • inter milan
    Inter Milan tewaskan AC Milan 2-0 di San Siro, Milan, Itali pada 21 Sep 20119. (Gambar: Daniele Mascolo/REUTERS)

Inter Milan tewaskan jirannya AC Milan 2-0

MILAN, ITALI: Pasukan Inter Milan mengekalkan empat kemenangan berturut-turut dalam liga Itali dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan seteru, AC Milan.

Sebelum perlawanan itu, Inter sudah mencatat tiga kemenangan daripada tiga perlawanan liga dan sepatutnya dapat berada di hadapan pada separuh pertama perlawanan ini.

Namun, percubaan Danilo D'Ambrosio hanya terkena palang gol.

Nasib bagi Inter berubah pada minit awal separuh masa kedua selepas rembatan Marcelo Brozovic terkena pemain AC Milan sebelum membuat keadaan menjadi 1-0.

Bekas bintang Manchester United, Romelu Lukaku, kemudian mendapatkan gol kedua Inter dengan tandukannya.

Inter menang 2-0 sekaligus kekal di tangga teratas liga dengan 12 mata, dua di hadapan juara Juventus.

- AFP/RU/na

Top