Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Inter Miami nama kelab bola sepak Beckham

Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mendedahkan bahawa kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) miliknya akan dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Antarabangsa Miami (Club Internacional de Futbol Miami), atau Inter Miami.

Anggaran Waktu Membaca:
Inter Miami nama kelab bola sepak Beckham

Gambar fail David Beckham semasa satu sidang media. (Gambar: Aly Song/Reuters)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 07:34PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 07:41PM

MIAMI: Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mendedahkan bahawa kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) miliknya akan dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Antarabangsa Miami (Club Internacional de Futbol Miami), atau Inter Miami.

Beckham memperolehi francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas mengumumkan rancangannya untuk menubuhkan pasukan di bandar itu empat tahun lalu, lapor Astro Awani.

Kelab tersebut turut melancarkan logo berbentuk bulat, dengan dua ekor burung heron berwarna putih yang melambangkan nilai "antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan impian besar".

Astro Awani menukil Beckham sebagai berkata: "Ini merupakan hari yang sangat membanggakan bagi saya dan seluruh pasukan. Ia satu penghormatan untuk mengumumkan nama dan logo baru kepada peminat kami."

Menurut Beckham, ia satu lagi langkah penting dalam penubuhan kelab itu "dan hari itu menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah Kelab Bola Sepak Antarabangsa Miami."

Astro Awani difahamkan bahawa Inter Miami dijadual mula bermain pada 2020 di satu lokasi sementara sehingga stadiumnya yang digelar Miami Freedom Park, dengan 25,000 tempat duduk, dijangka siap dibina setahun kemudian. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan