Images
  • Schooling
    Joseph Schooling setelah menang acara 100 meter gaya bebas di Sukan SEA, KL. (AFP/Manan Vatsyayana)

Ini antara acara sukan yang bakal warnai Tahun 2018

SINGAPURA: Tahun 2018 bakal diwarnai dengan pelbagai acara sukan yang tentunya dinanti-nantikan para peminat.

Sukan Olimpik musim sejuk akan berlangsung di PyeongChang, Korea Selatan pada Februari ini.

Ini pertama kalinya dalam masa 30 tahun Korea Selatan menjadi tuan rumah selepas Sukan Olimpik di Seoul pada 1988.

Dalam pada itu, Sukan Komanwel pula akan diadakan di Gold Coast di Australia pada April ini.

Rakyat Singapura pastinya tidak sabar menyaksikan kemungkinan juara Olimpik Joseph Schooling menentang jaguh-jaguh ternama sukan renang termasuk Chad Le Clos dari Akrika Selatan di termasya tersebut.

Selain itu, para peminat bola sepak pula sudah tentu ghairah menonton Piala Dunia FIFA bakal kembali kali ini di Rusia pada bulan Jun.

Sukan Asia pula akan berlangsung di Indonesia pada Ogos nanti. Kali ini Singapura dijangka menurunkan atlit renang, sukan layar dan boling.

Silat juga dijangka membuat penampilan pertama di Sukan Asia itu.

Pada September depan, Grand Prix F1 kembali ke Litar Marina Bay, selepas Singapura menyambung kontrak baru empat tahun.

Pada penghujung tahun 2018 pula, kota Buenos Aires, Argentina akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia.  

- CNA/MM/sm

Top