Images
  • Badminton 9 November 2015
    Gambar: AFP/Jonathan Nackstrand

Indonesia tarik diri dari Kejohanan Badminton All England

LONDON: Pasukan badminton Indonesia menarik diri daripada Kejohanan Terbuka All England yang sedang berlangsung.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Badminton England pada Rabu (17 Mac), pasukan tersebut perlu menjalani kuarantin.

Dalam kenyataan, pihak penganjur menyatakan bahawa seorang individu yang menaiki penerbangan yang sama dengan pasukan itu didapati positif COVID-19 dan mengikut peraturan tempatan, seluruh pasukan akan menjalani kuarantin selama 10 hari daripada tarikh penerbangan masuk mereka, lapor agensi berita Xinhua.

"BWF dan Badminton England mengesahkan beberapa pemain dan anggota pasukan Indonesia telah dihubungi oleh pihak Ujian dan Jejak Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK dan diminta untuk segera menjalani kuarantin," kata penganjur.

Bermakna "semua pemain Indonesia tidak dapat bersaing dalam pusingan semasa atau pusingan seterusnya kejohanan dan menarik diri daripada menyertai kejohanan itu." 

- BERNAMA/NA/na

Top